Kami bertolak pada 15 february 2013, kononnya nak sambut birthday ibu lah di sana. Walaupun dh beli kek di Murcia, tapi nak celebrate jugak di sana, bestnyer kan.
Sampai dalam jam 12 tgh. Bila sampai snow tak banyak sangat. Kami lalu tempat kami ambik gambar dengan Cik Lela, tapi tak der snow pulak hari tu.
Ini gambar bila dah sampai dan main2.
Esoknya kami naik lagi, gambar ni semasa dalam perjalanan naik pada 16 February 2013, dalam jam 12.30 tgh. Berkabus habis. Tapi bila dh dekat sampai kabus hilang dan pemandangan semakin menarik sebab semalamnya snow turun, marbeles. Semua tempat keputihan diselaputi snow, indhnya ciptaan Tuhan. Gambar di bawah ni merupakan gambar bila dh nak turun jam 5.00 ptg macam tu. Masa turun banyaknya kabus sehigga sukar nak pandu kereta. Kalau ibu yang bawak kereta tak tahulah, ketag dibelakang mengalahkan driver.


